fbpx
PU Rahmat. Foto FACEBOOK.

Tiada dron, pintasan radio setakat ini – PU Rahmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan melaporkan situasi pelayaran kapal dinaikinya dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) masih dalam keadaan tenang dan aman.

Beliau yang lebih dikenali sebagai PU Rahmat berkata tiada serangan dron mahupun pintasan radio setakat pukul 4.30 pagi (waktu tempatan).

“Tiada dron mahupun pintasan radio. Tetapi kapten dah mula menyanyi untuk hilangkan ngantuk, suara dia pula tak merdu.

“Baki dua jam syif berjaga diteruskan bersama secawan kopi. Saya tidur dulu sebelum subuh menjelang,” katanya dalam hantaran di Facebook.

PU Rahmat antara 34 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza bagi menyalurkan bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan.

Sementara itu dalam hantaran yang berbeza PU Rahmat meminta agar orang ramai terus mendoakan agar kesemua sukarelawan dapat berlabuh di Gaza dengan selamat.

“Kepada semua yang berpuasa Isnin, nak berbuka nanti panjatkan doa untuk kami.

“Doakan juga semua delegasi selamat dari kecederaan dan dapat pulang ke tanah air masing-masing,” ujarnya.

Sebelum ini beberapa kapal pelayaran misi tersebut dilaporkan rosak akibat serangan dron oleh rejim Zionis.

Bagaimanapun, kesemua penumpang dilaporkan selamat dan tiada kecederaan berlaku sepanjang tempoh pelayaran tersebut.

Kebanyakan kapal pelayaran GSF dilaporkan telah pun memasuki zon kuning menuju ke Gaza serta dijangka berdepan dengan sebarang kemungkinan ancaman Zionis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN