fbpx
ALVAREZ (depan) dalam kelas tersendiri apabila meledak dua gol ketika membelasah Real awal pagi semalam. - AFP

Atletico puas lanyak Real lima gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone mengakui cukup beremosi dan tidak dapat menahan air mata selepas pasukan melakar kemenangan bergaya ke atas seteru tradisi, Real Madrid 5-2 dalam aksi La Liga di Stadium Metropolitano awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Los Rojiblancos berada dalam kelas tersendiri untuk meraih tiga mata berharga hasil jaringan Robin Le Normand, Alexander Sorloth, Antoine Griezmann dan gol berganda daripada Julian Alvarez.

Menurut Simeone, taktikal yang dipamerkan oleh pasukan cukup sempurna sehingga berjaya memastikan rekod tanpa kalah The Galacticos musim ini berakhir.

“Kami menggunakan formasi dan taktikal yang berkesan apabila hantaran dilakukan oleh Giuliano Simeone, Nicolas Gonzalez, Pablo Barrios dan Julian Alvarez memberi kesukaran kepada benteng lawan.

“Namun, saya merasakan bahawa gol keempat yang dilakukan oleh Alvarez telah mengubah perlawanan dan ketika itu saya yakin kami akan menang besar pada aksi kali ini,” katanya.

Sementara itu, Simeone enggan mendabik dada selepas memastikan pasukan berjaya membolosi gawang Real dengan lima gol buat kali pertama dalam tempoh 75 tahun.

“Apa yang penting pasukan ini meningkatkan prestasi dan terus berkembang daripada setiap perlawanan. Semua jaringan yang dilakukan hanya memberi tiga mata buat kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI