fbpx
Zahrullail

Eksekutif bank dibunuh tragis, perut ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang eksekutif wanita berusia 52 tahun ditemukan tidak bernyawa di rumahnya di Tanjung Bendahara, di sini dipercayai dibunuh dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa, Zahrullail Basir dijumpai tidak bernyawa dengan tiga kesan tikaman, luka dan lebam dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Terdapat kesan tikaman pada bahagian perut, payudara dan pergelangan tangan selain lebam dan luka pada anggota badan lain.

“Motif pembunuhan masih dalam siasatan namun pemeriksaan mendapati barang berharga mangsa iaitu beg tangan berisi barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit hilang. Polis sedang menyiasat dan giat mengesan suspek yang terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, polis mengesan anak kandung si mati untuk membantu siasatan kes tersebut.

Mana-mana pihak yang mengenali individu itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN