PETALING JAYA – Nestle Malaysia telah bekerjasama dengan Yayasan Keamanan Global Malaysia untuk memulakan inisiatif membina empangan dengan sistem bekalan air graviti yang ditambah baik, yang akan menjamin bekalan air selamat dan stabil bagi penempatan Orang Asli di Kampung Lumut, Lenggeng, Negeri Sembilan.
Pembinaan empangan, pemasangan sistem paip baharu, pembinaan tangki air dan talian paip di kawasan perkampungan itu akan membolehkan bekalan air dikawal selia dan ditambah baik.
Selain daripada membekalkan air bersih untuk minuman, memasak, bercucuk tanam dan menjaga kebersihan keseluruhan, penduduk kampung juga akan dilatih menerusi inisiatif ini untuk menggunakan dan menyenggarakan infrastruktur, memupuk kebertanggungjawaban d komuniti dalam jangka panjang.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols berkata, usaha ini mencerminkan agenda penjagaan air lebih luas buat syarikat sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu, dengan tumpuan melindungi sumber air, meningkatkan daya tahan komuniti dan mencipta nilai jangka panjang bagi insan dan juga bumi kita.
“Inisiatif ini telah membolehkan kami menyantuni banyak komuniti Orang Asli di seluruh
negara bagi membekalkan air selamat, membina infrastruktur penjagaan kebersihan asas
dan meningkatkan kesedaran tentang amalan kebersihan.
“Kami akan terus meluaskaninisiatif ini untuk mencetus perubahan positif berkekalan dalam kalangan komuniti yang memerlukan.
“Dengan membina empangan pada hari ini, selain daripada meningkatkan taraf
hidup komuniti Orang Asli di Kampung Lumut dengan serta-merta dan untuk jangka
panjang, kami juga membina simbol berkekalan kerjasama kami dengan Yayasan
Keamanan Global dengan matlamat bersama untuk memperkasakan komuniti yang terlibat
dan menambah baik kehidupan mereka,” katanya dalam kenyataan.
Nestle Malaysia telah memainkan peranan aktif selama beberapa tahun untuk menambah baik capaian kepada sumber yang berharga ini menerusi program Air Selamat, Komuniti Selamat.
Lebih penting lagi, inisiatif ini bertekad untuk meningkatkancapaian kepada bekalan air bersih, sanitasi dan infrastruktur kebersihan bagi komuniti Orang Asli di seluruh negara.
Sejak dilancarkan pada 2018 dengan kerjasama Yayasan Keamanan Global, program ini
telah membawa manfaat kepada lebih 1,000 keluarga.
Beberapa komuniti telah menerima infrastruktur yang amat diperlukan seperti sistem penapisan air, pam kuasa solar, sistem airberasaskan graviti dan juga bilik air.
Di samping itu, latihan Air, Sanitasi dan Kebersihan (WaSH) telah diberikan untuk menggalakkan amalan kebersihan lebih baik bagimeningkatkan tahap kesihatan komuniti Orang Asli. -KOSMO! ONLINE