fbpx
HAMIDIN dilaporkan berada di ibu pejabat FIFA untuk cuba cari jalan penyelesaian berhubung tindakan dibuat badan induk bola sepak dunia itu. - FAISOL MUSTAFA

Hamidin sudah sampai ke Zurich, rayu hukuman FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin tidak menunggu lama untuk bertindak apabila dilaporkan berada di ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Zurich, Switzerland.

Selain untuk menghadiri mesyuarat bersama FIFA, kehadirannya juga membuka peluang buat Hamidin mengemukakan rayuan bagi mencari penyelesaian berhubung hukuman oleh badan induk bola sepak dunia itu terhadap FAM dan tujuh pemain warisan negara.

Sebelum ini, arena bola sepak negara kecoh apabila FIFA mengenakan hukuman kepada FAM dan tujuh pemain warisan negara atas dakwaan melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Tujuh pemain berkenaan adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Hasil semakan, Jawatankuasa Disiplin FIFA memutuskan FAM perlu membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala pemain diarahkan membayar denda CHF2,000 (sekitar RM10,000). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN