fbpx
Facundo Garces telah membuat dua penampilan antarabangsa bersama skuad Harimau Malaya.

‘Garces tenang, yakin krisis bakal berakhir’ – Jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih Deportivo Alaves, Eduardo Coudet mengakui ketiadaan bintang warisan Harimau Malaya, Facundo Garces menjadi antara punca kekalahan 0-1 pasukan kepada RCD Mallorca dalam aksi La Liga awal pagi tadi.

Sebagai rekod, Alaves tidak dapat menurunkan khidmat Garces selepas terpalit isu pemalsuan dokumen sehingga dihukum gantung 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.

Kata Coudet, isu mengenai Garces adalah sesuatu yang mengejutkan kem pasukan dan harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Saya tidak mahu katakan isu (ketiadaan) Garces menjadi punca kekalahan pasukan kami. Namun, harus diakui isu tersebut hadir secara tiba-tiba dan kita mahu ia diselesaikan secepat mungkin.

“Saya sudah bercakap dengannya secara peribadi dan dia (Garces) kekal tenang serta optimis masalah ini dapat diselesaikan sekali gus memberi kelegaan buat saya.

“Apa yang pasti, saya agak kecewa apabila kita tidak dapat menurunkannya pada aksi kali ini kerana dia sebahagian daripada tonggak penting pasukan,” katanya dipetik portal sukan Sepanyol selepas tamat perlawanan.

Selain Garces, FIFA telah menghukum enam lagi pemain warisan negara iaitu Gabriel Palmero, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel kerana masalah yang sama.

Kesemua pemain terbabit dihukum gantung 12 bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak dan denda sebanyak CHF2,000 (sekitar RM10,000).

Garces yang merupakan pemain kelahiran Argentina dianggap sebagai salah seorang tonggak utama Alaves pada kempen La Liga musim ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI