fbpx
Seorang murid lelaki berusia sembilan tahun terjatuh ke dalam lubang kumbahan.

Cuepacs gesa KPM jangan abaikan nyawa murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tampil menyuarakan rasa dukacita susulan tragedi seorang murid tahun tiga maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sekolah, kelmarin.

Presidennya, Datuk Adnan Mat menegaskan kejadian sebegitu tidak sepatutnya berlaku di sebuah institusi pendidikan yang seharusnya menjadi tempat paling selamat buat kanak-kanak.

“Keselamatan murid adalah amanah negara. Jangan tunggu tragedi seterusnya untuk bertindak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cuepacs menuntut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan di sekolah kerana ia bukan hanya melibatkan pelajar, tetapi juga guru, ibu bapa dan seluruh komuniti.

Menurut Adnan, KPM perlu segera melibatkan pakar keselamatan pekerjaan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) serta agensi berkaitan bagi memastikan piawaian keselamatan dipatuhi sepenuhnya.

“Cuepacs berpandangan audit menyeluruh terhadap infrastruktur sekolah mesti dilakukan segera bagi mengenal pasti kawasan berisiko tinggi sebelum langkah pencegahan diambil.

“Kehilangan nyawa akibat kecuaian bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan,” tegasnya.

Beliau menambah, pihaknya tidak mahu mendengar alasan lagi daripada kementerian sekiranya berlaku tragedi sama pada masa depan kerana nyawa murid tidak boleh dikompromi.

Dalam kejadian yang berlaku semalam, seorang murid lelaki sebuah sekolah rendah di Lenggeng maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan sedalam 1.8 meter di sekolah berkenaan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI