fbpx
Li menunjukkan sijil perceraian dengan bekas suaminya.

Bekas suami berhutang, wanita jadi mangsa ugutan along

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kegagalan seorang lelaki melunaskan hutang pinjaman menyebabkan bekas isterinya pula menjadi sasaran ugutan along sejak pertengahan Ogos lalu.

Li berkata, bekas suaminya itu berhutang dengan pemberi pinjaman tidak berlesen sehingga dia dan keluarganya kini diganggu serta dipaksa untuk melangsaikan bayaran tersebut.

Katanya, dia telah bercerai dengan bekas suami sejak 18 tahun lalu dan tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengannya, namun tetap diganggu tanpa sebab munasabah.

“Pesanan ugutan yang diterima sangat samar, hanya menyebut mengenai tuntutan hutang tetapi tidak pernah menyatakan jumlah sebenar.

“Saya tidak pernah meminjam wang itu, namun dipaksa menerima ancaman sehingga hidup kami sekeluarga tidak tenteram,” katanya.

Tambahnya, rentetan insiden itu memberi tekanan emosi yang berat dan menjejaskan rutin harian ahli keluarganya termasuk anak perempuannya yang turut terpalit sama.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam MCA, Michael Chong berkata, prinsip ‘hutang ada pemiutang, kesalahan ada pelakunya’ perlu dihormati dan along tidak sepatutnya mengheret bekas pasangan serta anak-anak yang tidak terlibat.

“Tindakan ugutan secara semberono ini jelas menyalahi undang-undang dan mengganggu ketenteraman masyarakat. Perkara ini amat membimbangkan,” ujarnya.

Susulan itu, Li telah menyerahkan semua bukti mesej ugutan kepada polis serta membuat laporan rasmi bagi melindungi keselamatan diri dan keluarganya.

Dia turut mengemukakan sijil perceraian sebagai bukti sudah lama tidak mempunyai kaitan dengan bekas suami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI