fbpx
Gambar hiasan.

Cikgu rimas pelajar selalu tenung, hantar mesej 3 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang guru wanita meluahkan rasa rimas dengan sikap pelajar lelaki yang didakwa sering ditenung ketika mengajar dan meninggalkan komen di media sosialnya.

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, wanita itu memaklumkan keadaan tersebut membuatkan dia berasa tidak selesa.

“Salah ke kalau (rasa) tidak selesa dengan pelajar sendiri? Bila mengajar, dia suka tenung walaupun saya sudah (alihkan) pandangan hinggakan tidak selesa.

“Pelajar itu pernah menghantar mesej (berbunyi) ‘suap sikit cikgu’ pada hantaran gambar makanan pada WhatsApp Status pukul 3 pagi .

“Di sekolah, dia (pelajar) cakap ‘tak balas mesej saya pun’. Saya buat-buat tak dengar sebab geli dan tidak selesa walaupun pelajar itu baik, tapi agak melampaui batas,” ujarnya.

Katanya, nombor telefon diberikan kepada pelajar itu untuk tujuan berkongsi gambar pembentangan kelas.

“Saya cuba untuk tidak block (menyekat) supaya kekal profesional,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai berpendapat guru wanita itu perlu menegaskan situasi melampaui batas kepada pelajar lelaki berkenaan selain berkongsi melalui pengalaman sama.

“Cikgu perlu tetapkan batasan antara pelajar. Pelajar itu pun selalu memerhatikan dan beri komen yang melampaui batas,” kata Naqisma.

“Waktu saya jadi guru ganti, saya beritahu satu kelas, ‘Saya cikgu kamu, bukan seseorang yang kamu boleh mengusik’. Biar semua dengar walaupun tuju pada seorang saja,” kata Wani. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI