fbpx
Sultan Sharafuddin dan Tengku Amir Shah pada majlis doa selamat tersebut. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Sultan Selangor berangkat ke majlis doa selamat sempena perkahwinan Tengku Amir Shah, Cik Afzaa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis doa selamat sempena Perkahwinan Diraja anakanda baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, malam ini.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Tengku Amir Shah.

Mengiringi keberangkatan tiba baginda ialah Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah.

Hadir sama Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Senator Datuk Salehuddin Saidin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad.

Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir memimpin bacaan Yasin dan doa selamat.

Majlis doa selamat itu diadakan serentak di semua masjid dan 1,000 surau termasuk Surau Kebenaran Solat Jumaat serta Musolla Kebenaran Solat Jumaat di seluruh Selangor bermula selepas solat maghrib.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Sultan Sharafuddin berkenan memaklumkan perkahwinan anakanda, Tengku Amir Shah dengan pasangan, Cik Afzaa Fadini pada 2 Oktober ini.

Istiadat Pernikahan Diraja akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di Klang, manakala Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Raja Muda Selangor diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI