KLUANG – Seorang lelaki yang sebelum ini hidup secara bergelandangan di sini, menarik nafas lega apabila diberi penempatan yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor. Atan Mohamad, 66, sebelum ini menjadikan kawasan bawah jambatan di Sungai Mengkibol di sini, sebagai tempat kediamannya dan bekerja mencari barang-barang lusuh sebagai sumber pendapatan selepas berpisah dengan isterinya sejak lebih 30 tahun lalu. Katanya, pada mulanya dia menyewa sebuah rumah di Kampung Melayu, namun terpaksa keluar kerana tidak mampu membayar sewa ekoran pendapatan tidak…