fbpx
ARIF (kiri) dan Roy King dikejutkan dengan kekalahan kepada beregu tuan rumah yang menghuni ranking ke-53 dunia. - AFP

Terbuka Korea: Arif-Roy King akur tersingkir awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King terpaksa pulang awal daripada Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas terpaksa akur tersingkir di pusingan pertama.

Pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Suwon sebentar tadi, pasangan No.20 dunia itu dikejutkan dengan kekalahan 18-21, 16-21 kepada beregu No.53 dunia tuan rumah, Jin Yong-Na Sung Seung.

Walaupun turun sebagai pilihan, namun juara Terbuka Macau itu dilihat agak tersentak dengan aksi ditampilkan pemain lawan sebelum tewas dalam tempoh 45 minit.

Arif-Roy King cuba bangkit untuk memenangi set kedua bagi mengheret perlawanan ke set penentuan tetapi Jin Yong-Sung Seung kekal dengan aksi konsisten sebelum mara ke pusingan kedua.

Sementara itu, melangkah ke pusingan kedua adalah perseorangan lelaki, Justin Hoh yang menewaskan pemain China, Wang Zheng Xing 21-6, 21-19 manakala beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai menang 21-9, 22-20 ke atas Adnan Maulana-Indah Cahya Sari dari Indonesia.

Satu lagi beregu campuran profesional, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien juga meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas membenam gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh 21-13, 22-20. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI