fbpx
SUPHANNEE ‘BABY” NOINONTHONG - Foto Facebook

Selepas gelaran dilucut, bekas ratu cantik berdepan hukuman penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang bekas pemenang pertandingan ratu cantik di Thailand, Miss Grand Prachuap Khiri Khan berdepan hukuman penjara selepas dia melanggar kontrak, lapor laman berita VnExpress semalam.

Suphannee ‘Baby’ Noinonthong, yang dilucutkan gelaran Miss Grand Prachuap Khiri Khan 2026 sehari selepas dinobatkan, kini berdepan hukuman tersebut akibat kandungan lucah lampau.

Menurut akhbar Tien Phong, selepas jawatankuasa pertandingan ratu cantik mengumumkan penyingkiran Suphannee pada Ahad lalu, dia tampil dalam sebuah program televisyen Thailand semalam untuk merayu peluang mempertahankan gelarannya.

Seorang peguam turut menyertai siaran langsung itu bagi menjelaskan isu perundangan. 

Peguam berkenaan bertanya kepada Suphannee sama ada dia sedar bahawa kontraknya melarang foto atau video berunsur lucah. 

Dia mengaku tidak membaca kontrak tersebut dan tidak tahu mengenai klausa itu. 

Peguam itu juga memberi amaran bahawa Suphannee boleh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun, yang membuatkan wanita tersebut jelas terkejut.

“Saya tidak mahu masuk penjara,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN