fbpx
SEORANG kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di kawasan tali air dekat Parit 6, Pekan Chenderong Balai, Labu Kubong di Teluk Intan hari ini.

Kanak-kanak lelaki tujuh tahun lemas di tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Kebimbangan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang berakhir, apabila mangsa ditemukan lemas di tali air berhampiran Parit 6, Pekan Chenderong Balai, Labu Kubong di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, operasi mencari mangsa diaktifkan selepas menerima maklumat kehilangan kanak-kanak itu pada pukul 12.23 pagi tadi.

Katanya, penduduk kampung sebelum itu telah menjalankan usaha mencari mangsa namun gagal menemui sebarang petunjuk.

“Berdasarkan maklumat, kehilangan kanak-kanak itu disedari keluarganya selepas mangsa tidak pulang ke rumah walaupun telah pukul 7 petang.

“Operasi pencarian diaktifkan dengan memberi tumpuan di kawasan tali air sedalam kira-kira dua meter yang dipercayai menjadi lokasi terakhir mangsa dilihat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil pencarian menemui mangsa pada pukul 4.10 pagi di dasar tali air pada jarak kira-kira 800 meter dari lokasi kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh, seterusnya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN