fbpx
Tengku Amir Shah menyaksikan penyerahan cek cura bayaran zakat perniagaan daripada wakil Dherbs Holdings, Ammar Ahyan kepada Amrin Buang di Shah Alam, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

D’Herbs antara penyumbang utama zakat RM6.1 juta kepada LZS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sebanyak 22 buah syarikat korporat membayar zakat perniagaan berjumlah RM6,123,299.05 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), hari ini.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga penaung Yayasan Raja Muda Selangor berkenan menyaksikan bayaran zakat tersebut yang dibuat wakil syarikat kepada Timbalan Pengerusi LZS, Tan Sri Amrin Buang.

Antara pembayar utama zakat perniagaan hari ini adalah syarikat Dherbs Holdings Sdn. Bhd. (RM900,000), XpertsCo Sdn. Bhd. (RM624,161.30), Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (RM599,160.82), Advanced Air Traffic System (M) Sdn. Bhd. (RM550,000), Bawal Sdn. Bhd. (RM500,000) dan Public Islamic Bank Berhad (RM400,000).

Worldwide Holdings Berhad turut menyerahkan dana wakalah agihan zakat bernilai RM200,000 untuk disalurkan kepada program kebajikan, pendidikan dan pembangunan belia yang diusahakan oleh RMS.

Majlis tersebut merupakan anjuran LZS bersama YRMS, iaitu sebuah organisasi membangunkan potensi belia, memperkasakan pendidikan dan memupuk keusahawanan dalam kalangan golongan B40 dan asnaf.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Khaidzir Shahari ketika berucap memaklumkan LZS telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kutipan dan agihan zakat seterusnya menunjukkan pentadbirannya diurus dengan profesional.

Katanya, ini terbukti apabila meningkatkan kutipan zakat di daripada RM15.9 juta pada tahun 1995 kepada RM1.22 bilion pada tahun 2024.

“Dalam tempoh sama juga, pengagihan zakat melonjak daripada RM16.3 juta kepada RM1.19 bilion. Prestasi membanggakan ini (kutipan dan agihan) bersamaan dengan kadar 17 peratus peningkatan secara purata tahunan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN