fbpx
RIBUAN penumpang terkandas di Lapangan Terbang Heathrow. - Foto AFP

Penumpang terkandas, serangan siber sasar lapangan terbang Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Ribuan penumpang di Lapangan Terbang Heathrow, London mengalami keadaan huru-hara selepas beratus-ratus penerbangan tertangguh, dalam satu daripada gangguan besar-besaran melibatkan sejumlah lapangan terbang di Eropah, lapor portal berita MailOnline semalam.

Keadaan itu dipercayai berpunca daripada serangan siber malam kelmarin, yang melumpuhkan sistem daftar masuk penumpang dan pelepasan secara elektronik.

Serangan sama turut melumpuhkan lapangan terbang Brussels, Belgium dengan separuh daripada semua penerbangan terpaksa dibatalkan.

Gangguan juga berlaku di Berlin, Jerman; Dublin dan Cork di Ireland, manakala terdapat amaran bahawa gangguan mungkin berterusan selama beberapa hari.

Ketika Pusat Keselamatan Siber Nasional (NCSC) melancarkan siasatan, pakar-pakar menyalahkan kumpulan yang dikaitkan dengan Russia.

Mereka menegaskan serangan itu berlaku hanya beberapa jam selepas jet pejuang Russia menceroboh ruang udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan memasuki ruang udara Estonia dan terbang merentasi wilayah kedaulatannya selama 12 minit.

Seorang bekas pegawai perisikan tentera Britain memberi amaran bahawa serangan siber yang melumpuhkan Heathrow dan beberapa lapangan terbang Eropah lain mempunyai semua ciri berkaitan dengan Russia.

Sasaran serangan siber itu adalah perisian bernama MUSE yang dikendalikan oleh syarikat teknologi Britain, Collins Aerospace.

Teknologi itu digunakan oleh syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk daftar masuk dan pelepasan automatik. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI