fbpx
MARTINEZ (kanan) dijangka terlepas aksi menentang Sassuolo awal pagi esok kerana belum pulih daripada kecederaan. - AFP

Inter tak resah hilang mesin gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILAN – Pengendali Inter Milan, Cristian Chivu melaungkan keyakinan tinggi bahawa pasukannya mampu kembali ke landasan kemenangan dalam kancah Serie A biarpun mungkin sekali lagi turun tanpa penggempur utama, Lautaro Martinez.

Martinez ketika ini masih berlatih berasingan daripada skuad utama kerana masalah belakang badan yang menyebabkan dia tersisih menentang Ajax dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Khamis lalu.

Meskipun tanpa Martinez, Inter tiada masalah untuk mencatat kemenangan 2-0 hasil dua jaringan daripada Marcus Thuram dalam aksi di Johan Cruyff Arena itu.

Kini, Chivu yakin Thuram mampu menggalas tugas utama untuk menjaringkan gol buat pasukan menjelang aksi Serie A menentang Sassuolo di Stadium Mapei awal pagi esok.

“Keputusan perlawanan adalah masalah Inter, bukannya kecederaan Martinez. Saya percaya masih ada lagi pemain lain yang boleh menggantinya kerana perkara-perkara seperti ini sering berlaku dalam bola sepak,” kata Chivu.

Inter membuka kempen Serie A musim ini dengan langkah kanan apabila membelasah Torino 5-0 tetapi nasib berbeza dialami finalis UCL itu apabila tewas dua perlawanan liga berturut-turut selepas itu.

Mereka tewas mengejut 1-2 kepada Udinese sebelum tumbang 3-4 kepada Juventus dalam perlawanan berlangsung penuh mendebarkan.

Berdasarkan empat perlawanan terakhir termasuk menentang Ajax, dia kini mampu menjadi harapan utama buat Inter apabila berjaya meledak lima gol setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN