fbpx
TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Melihat semula perkongsian lama Amira, ramai mahu bertuah sepertinya yang memiliki Fattah biarpun sebelum ini pernah mendoakan jodoh terbaik ketika lelaki itu menikahi Fazura.

Pakat tiru trend ‘ucap selamat’ Amira Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-BARU ini kecoh bila netizen mula ‘mengorek’ semula hantaran media sosial milik Amira Othman yang pernah mengucapkan tahniah kepada Fattah Amin dan bekas isterinya, Fazura ketika mereka bernikah.

Bagi segelintir pihak, ucapan tahniah tersebut seperti doa kerana berbalik kepada Amira semula apabila dia sah menjadi isteri kepada aktor berkenaan pada minggu lalu.

Dengan harapan ‘member wish, member dapat’ sama macam Amira, ramai mula mengikuti ‘trend’ tersebut, masing-masing mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu kepada artis kegemaran mereka. Antara nama selebriti yang banyak diseru netizen ialah Zul Ariffin dan Nadhir Nasar.

“Tahniah Zul Ariffin dan isteri! Jodoh itu rahsia Allah,” seloroh seorang individu.

Meski niat hanya bergurau, namun ramai yang mendoakan perkara tersebut agar jadi kenyataan seperti kisah cinta Amira.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI