fbpx
Dahlia enggan pusing dengan kecaman netizen selepas dia mendedahkan tidak lagi bertudung.

Ramai orang mengata, lebih tambah pahala saya – Putri Dahlia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas pendedahan keputusan membuka tudung ketika menghadiri Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24), penyanyi Putri Dahlia enggan peduli dengan kecaman yang dilempar netizen.

Menurut anak bongsu kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin itu, setiap cercaan yang diterimanya dianggap sebagai sesuatu yang positif.

“Lebih ramai orang mengata, lebih menambah pahala saya, amin,” katanya yang kini menggunakan nama pentas Dahlia di Instastory.

Sebelum ini, Dahlia, 21, tampil dengan imej baharu tanpa hijab pada AIM24 di Arena Stars, Genting Highlands.

Dia menjelaskan tindakan tersebut dilakukan bagi memulakan perjalanan baharu dan memahami agama dengan lebih mendalam.

Keputusan menanggalkan tudung selepas 15 tahun berhijab juga turut disokong penuh keluarganya termasuk ibu dan abangnya.

Bagaimanapun, Dahlia mengundang pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen yang menyifatkannya sebagai tidak wajar.

“Ayat awak ini bahaya. Salah tetap salah, jangan tunggang agama,” ujar netizen.

“Sesatnya jawapan dia. Pakai tudung tapi tak tahu agama sendiri, kasihan keluarga nanti,” tutur netizen lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN