JAKARTA – Seorang pekerja menerima kecaman orang ramai kerana enggan mengira wang yang diberikan oleh seorang pelanggan selepas dia menggunakan ‘duit kecil’ untuk membuat pembayaran, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian dipercayai berlaku pusat pembayaran setempat Sragen, wilayah Jawa Tengah.
Rakaman video kejadian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kalimolshop menunjukkan seorang wanita membayar cukai jalan motosikalnya dengan menggunakan duit pecahan yang kecil.
Duit itu enggan dikira oleh pekerja terbabit, menyebabkan mereka bertengkar di kaunter.
Rakaman itu mencatatkan lebih 738,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Selepas ini semua orang bayar pakai duit kecil,” kata seorang netizen.
“Tolong pecat pekerja yang pemalas,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI