fbpx
ISAK perlu membuktikan kualiti berdasarkan nilai yang dibayar oleh Liverpool menyebabkan dia berdepan tekanan. - AFP

EPL: Isak perlu dapatkan trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot menegaskan Alexander Isak hanya boleh dianggap penyerang terbaik dunia apabila berjaya menjulang trofi utama bersama The Reds.

Isak, 25, yang dibeli dengan rekod perpindahan kelab £125 juta (RM714 juta) dari Newcastle, dijangka turun buat kali pertama sejak menyertai Anfield apabila Liverpool menentang Burnley di Turf Moor, malam ini.

“Sekarang dia salah seorang (penyerang terbaik), tapi untuk jadi yang terbaik, anda perlu menang trofi. Pemain terbaik dunia ada kejuaraan besar seperti EPL dan Liga Juara-Juara. Itu cabaran yang menanti dia di sini,” kata Slot.

Isak sudah membuktikan reputasinya dengan 54 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tiga musim bersama Newcastle selain membantu Magpies menjuarai Piala Carabao tahun lalu.

Namun, kali ini tekanan lebih besar kerana dia menyarung jersi Liverpool serta membawa tanda harga tertinggi dalam sejarah kelab.

The Reds kini menguasai takhta EPL dengan rekod 100 peratus selepas tiga perlawanan dan kemenangan malam ini akan mengukuhkan kedudukan mereka sebelum jadual padat pertengahan September.

Burnley pula masih mencari kemenangan pertama dan hanya mampu seri sekali dalam tiga aksi awal.

Ketika barisan utama cemerlang diketuai Mohamed Salah dan Florian Wirtz, Slot dijangka memberi Isak masa daripada bangku simpanan bagi menyesuaikan diri, namun kepulangannya pasti mencuri tumpuan penyokong yang mahu melihat sentuhan debut bernilai ratusan juta itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI