fbpx
Pertandingan WrestleMania 43 akan diadakan di Riyadh. - Foto Getty Images

WrestleMania 43 akan berentap di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LAS VEGAS – Dalam satu langkah yang dianggap mengubah landskap, pertubuhan promosi sukan gusti, WWE mengumumkan bahawa acara WrestleMania 43 akan diadakan di Arab Saudi pada tahun 2027, lapor portal berita Daily Star semalam.

Bercakap pada sidang media, legenda WWE yang juga Ketua Pegawai Kandungan jenama itu, Paul ‘Triple H’ Levesque berkata:“Buat pertama kalinya, WrestleMania akan diadakan di luar Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. 

“WrestleMania 43 akan berlangsung di Arab Saudi.”

Levesque membuat pengumuman rasmi itu di Las Vegas bersama penasihat dari Arab Saudi, Turki Alalshikh.

Beliau mengumumkan berita tersebut sambil ditemani beberapa  legenda WWE lain termasuk Shawn Michaels dan Mark William Callaway atau lebih dikenali sebagai The Undertaker.

Levesque menambah:“Ini adalah peluang untuk menunjukkan kepada dunia, apa yang sebenarnya sudah ramai tahu bahawa WWE ialah jenama global yang menjangkau ke setiap pelusuk dunia.” 

WWE mempunyai hubungan lama dengan Arab Saudi dan telah menandatangani perjanjian strategik selama 10 tahun dengan Kementerian Sukan pada tahun 2018. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN