fbpx
Gambar hiasan.

Terengganu negeri paling bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terengganu muncul negeri paling bahagia di Malaysia dengan skor 8.64, menurut laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat (MHI) 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

DOSM dalam laporan berkenaan memaklumkan, Johor dengan skor 8.08 dan Negeri Sembilan (8.01) turut tersenarai dalam kategori sangat bahagia, sekali gus meletakkan tiga negeri itu pada kedudukan teratas pencapaian kebahagiaan rakyat di negara ini.

Manakala, tiga negeri tercorot terdiri daripada Selangor di tempat ke-14 dengan skor 7.21, diikuti Pulau Pinang (7.19) dan Wilayah Persekutuan Labuan (7).

“MHI 2024 secara keseluruhan merekodkan skor 7.60, menempatkan Malaysia dalam kategori bahagia.

“Buat pertama kali, laporan itu diterbitkan secara terperinci hingga ke peringkat daerah pentadbiran,” katanya hari ini.

Jelasnya, sebanyak 36 daerah diklasifikasikan sebagai sangat bahagia dengan Kluang (9.83), Raub (9.52) dan Mersing (9.50) menduduki tiga tempat teratas.

“Kajian itu turut menunjukkan skor kebahagiaan bandar (7.61) dan luar bandar (7.56) berada dalam tahap seimbang, manakala komponen Agama dan Spiritual (8.69) serta Keluarga (8.64) menjadi penyumbang utama kepada kebahagiaan rakyat,” ujarnya.

DOSM turut memaklumkan, dari segi demografi, wanita (7.62) dilaporkan lebih bahagia berbanding lelaki (7.57), sementara kumpulan umur 15 hingga 19 tahun (7.79) muncul sebagai kohort paling bahagia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN