fbpx
Polis Thai bersama pil meth yang dirampas di Bangkok semalam. - MPB

Polis gagalkan cubaan seludup lebih 5 juta pil meth 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki ditahan kerana cuba menyeludup lebih 5.45 juta pil methamphetamine (meth) yang disembunyikan di dalam trak pikap berhampiran sebuah stesen kereta api di Thailand, lapor portal berita Bangkok Post. 

Adisorn Boonyanusanti, 27, diberkas di stesen Lat Krabang, Laluan Rel Lapangan Terbang kelmarin. 

Tangkapan dibuat selepas polis menemui sebuah trak pikap dengan nombor pendaftaran palsu yang diletakkan di stesen berkenaan. 

Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan (MPB), Pol Lt Jen Siam Boonsom berkata, pegawai polis melihat seorang lelaki meletakkan motosikalnya berhampiran trak pikap sekitar pukul 5.30 petang (waktu tempatan). 

“Apabila trak pikap itu digeledah, mereka menemui 37 guni berisi pil meth yang dibalut dengan kertas lilin dan dilabel nombor ‘999’. 

“Semasa soal siasat, Boonyanusanti mengaku dirinya bekerja sebagai mekanik dan diupah oleh seorang lelaki untuk menghantar dadah tersebut kepada pelanggan di Bangkok dan wilayah berdekatan. 

“Dadah itu datang dari daerah Bang Nam Priao, wilayah Chachoengsao. Dia dibayar 10,000 baht (RM1,328) bagi setiap penghantaran,” katanya. 

Suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk memiliki senjata api haram pada 2014. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI