fbpx
AKMAL SALEH. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

‘Jangan sembang nak mansuhkan matrikulasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas tuntutan Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) supaya program matrikulasi dimansuhkan.

Beliau mempersoalkan sama ada UMANY akan bersetuju untuk memansuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) supaya sekolah di Malaysia hanya mempunyai satu aliran sahaja.

“Kalau nak mansuh matrikulasi untuk jadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) syarat tunggal masuk universiti, maka kamu bersetuju atau tidak untuk mansuhkan SJK dan jadikan sekolah hanya ada satu aliran sahaja?

“Kalau tidak bersetuju,jangan sembang nak mansuhkan matrikulasi pula,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Semalam media melaporkan, UMANY menuntut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memansuhkan program matrikulasi dan menjadikan silibus STPM sebagai satu-satunya piawaian kemasukan ke universiti awam (UA)

Presidennya, Tang Yi Ze dipetik berkata, pihaknya mendapati silibus STPM terbukti lebih baik, lebih mencabar dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk oleh universiti ternama dunia.

Kata Yi Ze, pihaknya menerima banyak aduan ramai pelajar cemerlang STPM dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.75 hingga 4.0 masih gagal mendapat tempat dalam kursus pilihan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN