fbpx
Onn Hafiz

DUN Johor: 62 isi rumah terjejas gempa bumi terima bantuan RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Seramai 62 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat gegaran gempa bumi lemah di Segamat akan menerima bantuan sebanyak RM3,000 bagi meringankan beban penduduk terkesan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, berdasarkan laporan Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat, dua surau dan sembilan premis kerajaan turut dilaporkan mengalami kerosakan kecil.

Bagaimanapun, katanya, penilaian teknikal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengesahkan semua bangunan ini masih selamat untuk digunakan.

“Kerajaan Negeri dengan sokongan Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersetuju menyalurkan bantuan kepada 62 Ketua Isi Rumah yang terlibat dan telah membuat laporan polis, dengan kadar maksimum RM3,000 bagi setiap keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Kedua bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Dewan Persidangan Bangunan Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Onn Hafiz yang juga ADUN Machap berkata, kerajaan negeri tidak akan berpeluk tubuh dalam menghadapi insiden ini dan telah melaksanakan intervensi secara berfasa yang merangkumi langkah jangka pendek, sederhana dan panjang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI