fbpx
Tangkap layar video serangan terhadap satu lagi kapal misi GSF malam tadi.

Sumud Flotilla: Mohon solat hajat, qunut nazilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pertubuhan bukan kerajaan Cinta Gaza Malaysia mengajak umat Islam bersama-sama mendoakan keselamatan sukarelawan yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) susulan dua serangan ke atas dua kapal misi itu dalam tempoh dua hari ini.

Menerusi hantaran media sosial Cinta Gaza Malaysia, misi GSF dijayakan berkenaan bukan hanya milik mereka yang berada di atas kapal, tetapi ia untuk semua.

“Marilah kita bersama mengangkat doa, melaksanakan solat hajat, qunut nazilah dan bacaan Yassin memohon perlindungan Allah SWT agar para sukarelawan misi Global Sumud Flotilla serta rakyat Gaza sentiasa dipelihara dan diberi kekuatan.

“Cukuplah Allah bagi kami sebagai pelindung, sebaik-baik tempat berserah, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong,” menurut hantaran berkenaan hari ini.

Dalam pada itu, doa daripada semua pihak adalah benteng, sokongan diterima merupakan tenaga, manakala solidariti disifatkan sebagai senjata dalam menjayakan misi berkenaan.

“Marilah kita bersama menyahut seruan munajat ini, agar perjuangan rakyat Gaza dan para sukarelawan Sumud Nusantara dipelihara Allah SWT dengan keselamatan dan berjaya sampai ke destinasi dengan selamat,” katanya.

Kosmo! melaporkan, satu lagi serangan dron ke atas sebuah kapal misi GSF berlaku di perairan Tunisia kira-kira 11.21 malam tadi, menyebabkan kebakaran dan kerosakan pada kapal terbabit, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Difahamkan kapal itu dinaiki adik Ketua Pe­gawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman iaitu Pengasas Cinta Salam Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman.

Sebelum ini, GSF mengesahkan salah sebuah bot utama dikenali sebagai ‘Family Boat’ yang membawa ahli Jawatankuasa Pemandu telah diserang oleh sebuah dron di perairan Tunisia.

GSF dalam kenyataannya berkata, bot tersebut berlayar di bawah bendera Portugal dan kesemua enam penumpang serta kru berada dalam keadaan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN