fbpx
Gambar hiasan.

Penambahan kes baharu faktor kes cerai di mahkamah tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kes tertunggak di Mahkamah Syariah khususnya kes perceraian turut disumbangkan akibat jumlah pendaftaran kes yang baharu saban tahun.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kelewatan itu bukanlah disengajakan atau dirancang untuk menyusahkan rakyat tetapi disebabkan jumlah pendaftaran kes semasa yang meningkat, jumlah baki kes dan ketidakcukupan sumber manusia.

“Semakin sedikit kes dalam prosiding semakin tinggi penyelesaian kes. Pertambahan jawatan Pegawai Syariah kontrak pada tahun 2023 turut membantu penyelesaian kes-kes dalam prosiding dalam tahun semasa,” katanya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Rahim Ismail (Pas-Changkat Jering) yang bertanyakan langkah kerajaan negeri menangani rungutan berhubung kes tertunggak di Mahkamah Syariah khususnya kes perceraian yang memakan masa bertahun untuk diselesaikan.

Mengenai prestasi pengendalian sebarang kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah, Saarani berkata, pihak Jabatan Kehakiman Syariah sentiasa memastikan kes-kes itu diselesaikan mengikut ketetapan undang-undang.

Katanya, pada tahun 2023 jumlah pendaftaran kes semasa yang diterima adalah sebanyak 10,084 kes dan jumlah baki kes dari tahun 2022 dan tahun-tahun sebelumnya sebanyak 2,417 menjadikan jumlah kes keseluruhan kes dalam prosiding pada tahun 2023 adalah sebanyak 12,501 kes.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut sebanyak 10,135 kes telah berjaya diselesaikan dengan peratus prestasi penyelesaian keseluruhan 81 peratus dan baki yang dibawa ke 2024 berjumlah 2,366 kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN