fbpx
Gambar hiasan.

13,484 Jualan Agro Madani telah dilaksanakan sehingga Ogos – KPKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13,484 program Jualan Agro Madani (JAM) telah dilaksanakan bermula April 2023 sehingga akhir Ogos lalu di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, program tersebut memfokuskan kepada kawasan kompleks kerajaan, outlet peruncitan agensi KPKM, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan miskin bandar serta pinggir bandar.

Jelas beliau, pelaksanaan JAM itu adalah dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Melalui pelaksanaan program ini, harga barangan asas terpilih dapat ditawarkan 10 hingha 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat dalam usaha membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat sekali gus memberikan penjimatan terus kepada pengguna.

“Inisiatif ini turut menggalakkan penggunaan produk hasil tani tempatan serta membantu petani dan pengeluar memperluas pasaran mereka secara berkesan.

“Program ini turut memastikan penglibatan usahawan dan peserta ladang kontrak daripada kawasan sekitar,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, ketika menjawab pertanyaan asal,Senator Roderick Wong Siew tentang jumlah JAM yang telah dilaksanakan di Sarawak serta impaknya kepada masyarakat, Arthur berkata, sebanyak 1,530 program telah dilaksanakan di negeri itu.

Beliau berkata, penganjuran program itu juga telah mencatatkan kehadiran seramai 640,495 pengunjung serta penyertaan 21,058 usahawan dengan jumlah nilai jualan keseluruhan sebanyak RM23.53 juta

“Dari segi impak kepada masyarakat, program ini berjaya memberikan penjimatan harga barangan bernilai RM5.85 juta kepada kira-kira 2.67 juta isi rumah di negeri tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN