fbpx
ZAINAL sujud syukur apabila lapan anaknya mendapat sijil kelahiran sempena Majlis Program Menyemai Kasih Rakyat Mekar Madani, Rakyat Disantuni di Institut Latihan Kementerian Kesihatan, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

Bapa sujud syukur, lapan anak terima dokumen pengenalan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang bapa kepada 10 anak bersyukur selepas lapan anaknya yang berusia antara 14 hingga 2 tahun telah diberikan dokumen pengenalan diri oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Zainal Abidin Miskan, 51, turut melakukan sujud syukur selepas perkara itu diumumkan pada Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Auditorium Sri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), di sini hari ini.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa bersyukur dengan bantuan pelbagai pihak bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri anak-anak saya, iaitu kad pengenalan dan juga sijil kelahiran.

“Saya berharap dengan adanya dokumen pengenalan diri ini, anak-anak saya akan dapat membesar secara normal dan mengubah kehidupan keluarga kami yang susah sebelum ini,” kata Zainal Abidin ketika ditemui pemberita.

Menurutnya, dua anak sulungnya bersama isteri, Jannatul Naimah Rohani, 36, yang kini berusia 17 dan 15 tahun sudah memiliki dokumen pengenalan diri masing-masing.

“Selama ini, lapan anak-anak yang lain belum pernah didaftarkan kelahiran mereka kerana beberapa masalah termasuk kewangan dan juga kerap berpindah randah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Pengurusan), Raja Azlal Raja Azman berkata, program Mekar itu telah dimulakan sejak 2020 ketika negara dilanda pandemik Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN