fbpx
Shamsuri (tengah) ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai Ke - 24 di Bukit Mertajam, hari ini. SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Mesin padi jatuh sungai: Keluarga arwah terima bantuan kewangan, psikologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) akan memberi bantuan sewajarnya kepada keluarga Allahyarham Muhammad Amsyar Muqri Masri, 18, yang ditemukan lemas selepas mesin padi yang dia naiki terhumban ke dalam sungai Kampung Sanglang di Kedah, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK, Dr. Shamsuri Abdullah berkata, pihak Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas) telah menghubungi keluarga mangsa susulan tragedi tersebut.

“Kita bersedia untuk memberikan apa juga bentuk sumbangan sama ada daripada sudut kewangan mahupun psikologi dan moral kepada keluarga mangsa.

“Pihak kami sememangnya sentiasa bersedia untuk memberi bantuan semampu mungkin bila mana berlakunya kejadian mahupun tragedi seumpama ini terhadap pelajar kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai Ke – 24 di Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Amsyar dilaporkan hilang selepas mesin padi dinaiki bersama tiga rakan terjatuh ke dalam sungai.

Jasad mangsa berjaya ditemui semalam pada pukul 10.01 pagi kira-kira 10 meter dari lokasi awal kejadian, pada kedalaman empat meter oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani yang melakukan selaman di dasar sungai. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI