fbpx
Gambar hiasan.

Dewan Negara: Kelayakan subsidi petrol RON95 berdasarkan sistem PADU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini dimaklumkan, kerajaan akan menggunakan sistem PADU untuk menentukan kelayakan subsidi petrol RON95.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah itu untuk memastikan hanya yang benar-benar layak menerima manfaatnya.

“Kita akan umumkan dan laksanakan pada akhir bulan ini dengan jaminan rakyat yang layak akan menerima subsidi seperti sepatutnya,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Rose Suryati Alang mengenai pendekatan terkini yang diambil bagi subsidi minyak dan kelancaran pelaksanaannya.

Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata, kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

Menurut beliau, kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi tersebut akan dimuktamadkan oleh kerajaan bersama pihak berkepentingan.

“Pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dirangka dengan teliti bagi memastikan majoriti rakyat yang layak tidak terjejas.

“Kerajaan bekerjasama dengan syarikat stesen minyak untuk memastikan sistem bayaran menggunakan MyKad dapat digunakan sebaik (penyasaran) subsidi RON95 dilaksanakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI