fbpx
Hamdan (tiga dari kiri) beramah-mesra dengan sebahagian 99 nelayan yang menerima bantuan menangkap ikan di pejabat LKIM Terengganu, Chendering, Kuala Terengganu hari ini.

Bajet 2026: LKIM tumpu naik taraf jeti pendaratan nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap dapat terus menerima peruntukan sewajarnya bagi terus membela kebajikan hampir 90,000 nelayan tempatan dalam pembentangan Bajet 2026 pada 10 Oktober depan.

Ketua Pengarah LKIM, Hamdan Mamat berkata, tumpuan perlu diberikan bagi menaik taraf kemudahan jeti pendaratan ikan di seluruh negara.

Beliau berkata, sebahagian fasiliti untuk nelayan tersebut didapati dalam keadaan uzur sehingga menyukarkan kerja-kerja pendaratan ikan oleh nelayan.

“Harap kerajaan dapat meluluskan penyediaan fasiliti untuk nelayan dan pembaikan kompleks-kompleks pendaratan (dalam pembentangan Bajet 2026).

“Banyak jeti pendaratan ikan perlu dibaik pulih untuk membantu komuniti nelayan. Saya juga berjuga berharap kerajaan-kerajaan negeri dapat mempermudah urus kelulusan tanah (bagi pembinaan fasiliti nelayan),” katanya di Chendering di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan peralatan menangkap ikan kepada 99 nelayan Terengganu.

Hamdan berkata, LKIM juga berharap golongan nelayan dapat terus menikmati subsidi dan insentif seperti bantuan sara hidup bulanan dan perumahan yang sedang dinikmati nelayan pada masa ini.

Beliau berkata, bantuan sara hidup RM300 sebulan yang kini dinikmati kira-kira 33,000 nelayan berkelayakan seluruh nelayan amat bererti buat golongan itu terutama sewaktu musim tengkujuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN