fbpx
Penguatkuasa MBPP ketika serbuan di sebuah kedai runcit yang dikendalikan warga asing di daerah Timur Laut, kelmarin.

Warga asing sembelih ayam hidup-hidup dalam kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Tindakan berani peniaga warga asing menyembelih ayam hidup di sebuah kedai runcit di kawasan daerah Timur laut di sini akhirnya memakan diri apabila diserbu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), kelmarin.

Menerusi kenyataan MBPP di facebooknya, penguatkuasaan dilakukan oleh Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan terhadap premis yang dikendalikan warga asing.

“Dalam operasi ini, didapati pemilik perniagaan (warga asing) tersebut turut menyediakan perkhidmatan sembelihan ayam di dalam gerai runcit tersebut dan juga menjual ikan beku (frozen).

“Kesemua ayam dan ikan beku disita dan dilupuskan sewajarnya. Turut disita adalah peralatan perniagaan seperti rak makanan, peninbang digital, peti sejuk beku (freezer) dan meja,” katanya di sini.

Dalam serbuan tersebut, barang dagangan seperti tong gas dan barangan runcit juga disita.

“Tindakan tegas penguatkuasaan ini diambil mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja-penjaja MPPP 1979, Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

“Kesemua barang dagangan dan peralatan perniagaan yang disita dibawa ke stor Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk tujuan dokumentasi dan pelupusan,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu lagi, MBPP akan terus memantau dan mengambil tindakan tegas penguatkuasaan dari semasa ke semasa ke atas semua premis perniagaan di kawasan pentadbirannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI