fbpx
Misi Global Sumud Flotilla memulakan pelayaran pada 31 Ogos lalu dari pelabuhan Barcelona.

Misi flotilla lalu ‘highway’ antarabangsa, tak boleh pilih naik kapal dengan siapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menjadi perhatian ramai apabila beberapa fakta menarik mengenai perjalanan dan penyertaannya didedahkan.

Antara fakta menarik yang dikongsikan oleh pendakwah, Rahmat Ikhsan Sofyan atau lebih dikenali PU Rahmat termasuklah laluan kapal flotilla.

Katanya, kapal melalui ‘highway’ (lebuh raya) air antarabangsa iaitu kawasan laluan laut bebas yang tidak boleh dituntut oleh mana-mana negara.

“Jadi kita naik kapal ini, kita berlayar kita tak ganggu sesiapa.

“Tak boleh tiba-tiba negara A kata itu laluan mereka, negara B kata itu sempadan mereka. Ia adalah ‘free highway’,” katanya.

Tambah PU Rahmat, para peserta hanya akan mengetahui kapal mana yang bakal dinaiki serta dengan siapa mereka ditempatkan kira-kira satu jam sebelum berlepas, tanpa sebarang pilihan.

“Tak ada istilah saya nak naik (kapal) dengan Zizi, saya nak naik dengan sekian sekian. Saya sendiri pun hari kejadian ambil masa sejam nak cari kapal sendiri,” katanya.

Bercerita lanjut, PU Rahmat berkata jumlah keseluruhan kapal yang menyertai misi itu turut dirahsiakan sehingga saat akhir, malah para sukarelawan juga tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

Beliau berkata, bagi mereka yang berminat menyertai misi ini pada masa akan datang, permohonan perlu dibuat melalui pautan rasmi yang disediakan pihak penganjur, sebelum nama-nama terpilih diumumkan.

“Jadi dakwaan orang ramai penyertaan hanya diberikan secara terus kepada individu tertentu adalah tidak benar,” katanya.

Misi kemanusian GSF memulakan pelayaran dari pelabuhan Barcelona, pada 31 Ogos dengan usaha untuk memecahkan kepungan haram di Gaza.

Seramai 15 peserta daripada Malaysia telah menyertai misi bersejarah ini, pelayar yang tidak membawa senjata tapi hanya membawa bekalan bantuan untuk penduduk Gaza.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN