fbpx
Mohamed Khalid beramah mesra dengan seorang penerima berkerusi roda sempena Program Penyampaian Sumbangan zakat wakalah BH petrol.- Foto RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

Mindef kaji semula beli jet pejuang terpakai dari Kuwait, lihat ‘option’ lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertahanan bakal mengkaji semula rancangan pembelian jet pejuang F/A-18 Hornet terpakai dari Kuwait susulan pihaknya masih belum mempunyai kata putus bilakah jet pejuang terbabit boleh diperolehi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini kerajaan Kuwait sedang menunggu tarikh penyerahan pembelian jet pejuang baharu dari Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, perkembangan terkini memaklumkan terdapat penangguhan penyerahan jet pejuang dari US ke Kuwait dengan tarikhnya belum ditetapkan.

“Saya difahamkan jet pejuang yang Kuwait patut terima daripada US ditangguhkan lagi. Tentunya kita tidak boleh tunggu tanpa kita tahu bila kita boleh dapat kerana Kuwait hanya boleh serahkan jet mereka kepada kita apabila mereka dapat jet baharu.

“Sehingga hari ini AS masih belum ada ketentuan, jadi sekarang kita berdepan isu, kerana kita tidak tahu berapa lama perlu tunggu. Jadi kita perlu ada ‘option’ lain, namun buat masa ini kita akan hantar kumpulan untuk buat penilaian terhadap keperluan pembelian pesawat dari Kuwait tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu turut memberitahu, pembelian 18 jet pejuang FA-50 daripada Korea Aerospace Industries (KAI) yang bakal diterima pada tahun 2027 dijangka akan menampung keperluan pengoperasian Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN