fbpx
Tuanku Muhriz pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan 1447H/2025M di Padang Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.

Semangat muafakat perlu terus dihormati – Tuanku Muhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan pesanan supaya semangat permuafakatan telah diasaskan dan dicapai ketika membentuk sebuah negara merdeka yang berdaulat perlu terus dihormati.

“Sebarang tuntutan dan perbuatan yang bercanggah dengan semangat ini perlu dijauhi demi memastikan kelangsungan kedaulatan sebuah negara merdeka yang warganya menerima dan menghormati perbezaan, hidup berpadu, rukun dan damai.

” Semangat ini juga telah terpahat sebagai cogan kata dalam Jata Negara yang diwartakan sejak tahun 1952 lagi iaitu Bersekutu Bertambah Mutu,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan 1447H/2025M di Padang Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.

Baginda bertitah dalam konteks masyarakat majmuk di negara, sikap saling menghormati antara kaum amat penting kerana sesungguhnya, apabila kita menghormati orang lain, kita juga akan dihormati.

“Seperti yang telah dijanjikan oleh Allah SWT, jika kita berbuat baik kepada sesama manusia, maka Allah akan membalas kebaikan itu dengan ganjaran yang lebih besar dan lebih bermakna, “titah baginda.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN