fbpx
Gambar hiasan.

Guru berputih mata, wang RM230,447 lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Akibat takut dikenakan tindakan kerana didakwa terlibat dalam penggubahan wang haram seorang guru berputih mata apabila wang simpanan, pinjaman serta gadaian barang kemas berjumlan RM230,477 lesap selepas dia terperdaya dengan sindiket ‘phone scam’.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 16 Jun lalu selepas mangsa yang merupakan wanita berumur 40 tahun menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai insurans.

“Mangsa kemudiannya disambungkan kepada beberapa pihak lain yang menyamar sebagai pegawai polis, pendakwa raya dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

“Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kes penggubahan wang haram dan mempunyai 23 akaun bank berdaftar atas namanya,”katanya di sini hari ini.

Menurut Yahaya suspek kemudiannya mengarahkan mangsa membuka akaun baharu di sebuah bank dan membuat pinjaman.

Katanya, mangsa seterusnya diminta memasukkan wang simpanan, wang pinjaman serta hasil gadaian barang kemas ke dalam akaun tersebut dengan alasan kononnya untuk menangguhkan waran tangkap dan mengelakkan pembekuan aset miliknya.

“Sepanjang tempoh 24 Jun 2025 hingga 2 September 2025 mangsa telah melakukan 11 transaksi kemasukan wang ke beberapa akaun berjumlah RM230,447,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN