fbpx
ONANA dan Bayindir gagal membuktikan kualiti masing-masing menyebabkan posisi penjaga gol merupakan antara kelemahan ketara United sejak beberapa musim lalu. - AGENSI

EPL: Hanya seorang perlu kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United bersedia melepaskan salah seorang penjaga golnya sama ada Andre Onana atau Altay Bayindir ketika jendela perpindahan di beberapa liga lain masih lagi dibuka.

Ketika ini, jendela perpindahan untuk kelab di Arab Saudi hanya akan ditutup pada 23 September, manakala Liga Turkiye pula akan mengakhiri urusan jual beli pemain Jumaat depan sekali gus peluang untuk melihat salah seorang pemain itu pergi masih terbuka.

Keputusan tersebut dibuat selepas United berjaya melengkapkan perpindahan penjaga gol Royal Antwerp, Senne Lammens pada hari terakhir jendela perpindahan di England 2 September lalu.

Onana diberikan tugas selaku penjaga gol No. 1 musim lalu, namun gagal mempamerkan aksi meyakinkan, begitu juga Bayindir yang melepaskan peluang untuk membuktikan kualiti terbaik dimilikinya.

Justeru, United membuat keputusan melepaskan salah seorang daripada mereka dan Lammens dianggap sebagai penjaga gol kedua di belakang sama ada Onana atau Bayindir pada peringkat awal ini.

Sekiranya kekal di Old Trafford, Onana mungkin terpaksa diketepikan bermula Disember untuk menyertai saingan Piala Negara-Negara Afrika, namun United yang juga masih memiliki Tom Heaton sebagai penjaga gol keempat menganggap masih terlalu ramai pemain posisi tersebut

Kelab dari Turkiye, Trabzonspor sebelum ini menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Onana secara pinjaman selepas mereka gagal melengkapkan perpindahan Stefan Ortega dari Manchester City. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN