fbpx
GUEHI terpaksa kekal di Selhurst Park dan Palace mungkin hanya akan melepaskannya pada jendela perpindahan musim sejuk Januari nanti. - AGENSI

Punca Guehi gagal ke Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Harapan pemain pertahanan Crystal Palace, Marc Guehi untuk berpindah ke Liverpool pada hari terakhir jendela perpindahan kelmarin tidak kesampaian apabila rundingan berkenaan gagal.

Liverpool dan Palace pada awalnya bersetuju dengan yuran perpindahan sebanyak £35 juta (RM198.69 juta) dengan dimasukkan terma 10 peratus keuntungan bakal diperoleh The Eagles sekiranya Guehi dijual pada masa hadapan.

Guehi juga dilapor sudah bersetuju dengan terma peribadi untuk tawaran kontrak selama lima tahun dan sudah berjaya melepasi ujian perubatan sebelum penghijrahan tersebut gagal dimeterai.

Kegagalan tersebut dilaporkan berpunca daripada Palace yang mengubah pendirian untuk tidak melepaskan Guehi pada saat akhir apabila mereka gagal mendapatkan pemain gantian yang sesuai.

Palace sebelum ini sudah berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan Toulouse, Jaydee Canvot, namun kelab itu mahu pemain yang lebih berpengalaman untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Guehi.

Mereka cuba mendapatkan khidmat pemain Brighton, Igor Julio dan sudah mencapai persetujuan, namun pemain itu dikatakan membuat pusingan U apabila lebih berminat menyertai West Ham United.

Situasi berkenaan menyebabkan Liverpool juga terpaksa membatalkan hasrat mereka melepaskan khidmat Joe Gomez ke AC Milan apabila memerlukan pemain itu sebagai sokongan kepada Virgil Van Dijk dan Ibrahima Konate. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI