fbpx
Tangkap layar video menunjukkan Nasaruddin berucap mengenai peranan guru di UIN Syarif Hidayatullah semalam. - Instagram

Mahu ‘buat duit’, jangan jadi guru – Menteri Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Nasaruddin Umar menerima kecaman ramai selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan menyuruh para guru menjadi peniaga sekiranya mereka sibuk mencari duit, lapor portal berita Tempo. 

Kenyataan itu dibuat semasa Program Pendidikan Profesional Guru di Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kompascom menunjukkan Nasaruddin berucap mengenai peranan guru untuk mendidik manusia, dan bukan mencari wang semata-mata. 

“Jangan ikut peniaga, tujuan mereka adalah cari duit. Guru pula memiliki matlamat yang mulia, bagaimana mendidik anak orang. Mahu buat duit jangan jadi guru, jadi peniaga,” kata Nasaruddin di dalam video itu. 

Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan ramai rakyat Indonesia. 

“Ahli Parlimen dan menteri juga pekerjaan yang mulia, jadi tidak perlu diberi gaji,” kata seorang  pengguna media sosial.

Selepas video itu tular, Nasaruddin tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa pendidik adalah satu pekerjaan yang sangat mulia selain tidak berniat untuk menyinggung perasaan guru-guru. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI