fbpx
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Balik Pulau, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/ KOSMO!

Kelar isteri: Guru tidak ingat, tak faham pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan guru lelaki yang didakwa mengelar isterinya dengan pisau minggu lalu dirujuk ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta di Perak untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Nazmi Izzuddin Muhamad Zubairi, 30, kerana lelaki itu tidak memahami pertuduhan yang dibacakan selain tidak mengingati nombor kad pengenalannya.

Lelaki itu didakwa melakukan cubaan bunuh dengan menggunakan pisau yang mana perbuatan itu boleh menyebabkan kematian kepada wanita berusia 28 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas di sini pada pukul 5.45 pagi, 27 Ogos lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Lushani, manakala tertuduh diwakili peguam Muhaimin Hashim, Yazid Khairul Azman dan Ismat Arif Abu Hassan.

Dalam prosiding hari ini, Lushani memohon supaya tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Yazid menyatakan pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan Timbalan Pendakwa Raya.

”Kami sudah beberapa kali berbicang dengan anak guam, namun dia tidak memahami apa yang dicakap. ‘Mohon anak guam kami dihantar ke Hospital Bahagia untuk menjalani pemeriksaan,” katanya.

Hakim Ahzal memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia dan menetapkan 8 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN