fbpx
GARCES (kanan) akan berlepas pulang ke Sepanyol hari ini untuk memberikan fokus aksi bersama Alaves yang bakal bertemu Bilbao. - Foto ihsan Malaysia NT

Facundo Garces terlepas aksi bertemu Palestin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Harimau Malaya mungkin tidak dapat menggunakan khidmat Facundo Garces pada aksi bertemu Palestin selepas tonggak pertahanan kental itu dilaporkan bakal pulang ke Sepanyol pada esok.

Perkembangan itu disahkan oleh sumber rapat kepada kelab Deportivo Alaves, Oscar Nunio menerusi platform X yang menyatakan Garces pulang lebih awal kerana mahu fokus bagi mengharungi aksi La Liga bertemu Athletic Bilbao pada minggu depan.

“Garces telah menjalani kem latihan pusat dengan skuad kebangsaan Malaysia pada Ahad lepas kerana mahu beraksi menentang Singapura (malam ini).

“Dia akan kembali (ke Sepanyol) pada 5 September (hari ini) kerana dia mahu berada pada tahap terbaik bagi mengharungi perlawanan bertemu Bilbao (14 September),” kata Nunio.

Situasi ini sekali gus memberi tamparan hebat buat skuad Harimau Malaya yang bakal berdepan lebih sukar bertemu pasukan ranking ke-98 dunia itu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Isnin ini.

Sementara itu, Oscar turut berpendapat dakwaan bahawa Garces ditawarkan ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum jendela perpindahan ditutup, 1 September lepas seperti tidak masuk akal.

“Sebelum ini Garces pernah mendapat tawaran daripada pasukan Independiente daripada Liga Argentina, tetapi ditolak.

“Namun, tawaran daripada kelab EPL itu adalah sesuatu yang mustahil dan saya tidak tahu daripada mana mereka dapat sumber tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI