PETALING JAYA – “Memang ‘certified’ (diperakui) sedap! Cukup lemak manisnya.”
Itu ungkapan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang teruja selepas mencuba cendol yang dijual di sebuah gerai di Kuantan, semalam.
Katanya, beliau membuat keputusan untuk mencuba menu berkenaan selepas disarankan oleh pegawainya selepas melakukan tinjauan kerja.
“Selesai sahaja tinjauan, saya singgah di gerai @cendolramlee Kg Padang di Kuantan. Pegawai saya kata memang sedap cendol di sini.
“Jadi, saya cuba sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Memang ‘certified’ sedap! Cukup lemak manisnya,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih di atas layanan mesra yang diterimanya ketika berkunjung ke gerai berkenaan.
“Segar rasa dapat makan cendol selepas berjam-jam berada di bawah terik matahari. Terima kasih di atas layanan mesra.
“Saya doakan semoga perniagaan bertambah maju. Sesiapa yang berada di Kuantan, mesti cuba cendol Ramlee ni. Satu cup (cawan) tak cukup!,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE