fbpx
Kah Woh pada sidang Dewan Negara hari ini - Foto JABATAN PENERANGAN

Dewan Negara: 756 projek pembangunan sekolah daif telah siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 756 daripada 1,175 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah di seluruh Malaysia telah siap dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, sebanyak 197 projek pada fasa bina dan 222 projek pada fasa prabina.

“Dari tahun 2016 sehingga Ogos 2025 kerajaan meluluskan 1,175 projek dengan kos projek RM12.47 bilion,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Pele Peter Tinggom mengenai bilangan sekolah daif di Sarawak dan kos keseluruhan bagi pelaksanaan projek naik taraf.

Kah Woh berkata, bagi Sarawak, kerajaan meluluskan 390 projek pembanguan semula bangunan daif di sekolah dengan kos RM3.847 bilion.

Kata beliau, daripada jumlah tersebut, 265 projek telah siap, 60 pada fasa bina dan 65 pada fasa prabina.

“Khusus di Parlimen Saratok, termasuk DUN Kabong, Kalaka dan Krian, kerajaan meluluskan 16 projek pembangunan semula dengan kos RM269.76 juta.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan projek telah siap, tiga projek pada fasa bina dan lima projek pada fasa prabina,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI