fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau melakukan samun terhadap seorang suri rumah di Bandar Perdana, Jasmine Fasa 1 di Sungai Petani, hari ini.

Lelaki lompat pagar rumah sebelum samun wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang suri rumah kerugian lebih RM500 selepas sejumlah wang dan telefon bimbitnya disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau di hadapan rumahnya di Bandar Perdana, Jasmine Fasa 1, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7.35 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 50 tahun sedang menjemur kain.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek bertindak memanjat pagar sebelum mengacukan sebilah pisau ke arah mangsa.

“Menyedari kehadiran suspek, mangsa cuba berlari masuk ke dalam rumah tetapi tidak sempat. Suspek mengugut untuk menikamnya jika tidak menyerahkan wang.

“Akibat ketakutan wanita terbabit menyerahkan sejumlah wang dan telefon bimbit miliknya sebelum suspek melarikan diri,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan membuat laporan polis berhubung kejadian pada pukul 10 pagi tadi dan polis sedang giat memburu suspek yang dipercayai penduduk tempatan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI