fbpx
Tangkap layar kejadian itu.

Lelaki lepas tembakan di kuil dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Tindakan seorang lelaki melepaskan tembakan ketika upacara sembahyang di sebuah kuil di Ladang Bukit Badong, Bestari Jaya di sini, kelmarin memakan diri apabila dicekup polis.

Suspek tempatan berusia 55 tahun itu ditahan di sekitar Petaling Jaya, kira-kira pukul 8 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu menerusi satu video tular di media sosial.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku ketika penganut Hindu sedang menjalankan upacara sembahyang tahunan di kuil berkenaan, kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Video tular itu memaparkan seorang lelaki melepaskan tembakan ke udara di lokasi kejadian.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Kuala Selangor berjaya menahan suspek di Petaling Jaya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Azaharudin, suspek kini direman selama tiga hari sehingga lusa bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Ikhwan Mohd. Zuki atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat IPD Kuala Selangor di talian 03-32891222,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN