JAKARTA – Seorang penjual makanan tradisional yang berniaga di tepi jalan menjadi sensasi internet kerana memiliki wajah mirip bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Lelaki itu menjual cilok. Ia merupakan hidangan diperbuat daripada tepung kanji dan direbus.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dinardewantari menunjukkan ‘kembar’ Jokowi itu sedang berniaga di hadapan Sekolah Rendah (SD) Islam Annajah di Jakarta.
“Mirip Jokowi tetapi beza nasib,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
“Semoga jualannya laris,” kata seorang netizen.
“Kembar Jokowi ramai, jangan-jangan ini kembar betul,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI