fbpx
Mangsa dijumpai meninggal dunia dipercayai akibat lemas di dalam parit di Jalan Sebaru, Bintulu.

Budak tujuh tahun dijumpai lemas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BINTULU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas di dalam parit di Jalan Sebaru di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan pada pukul 8.45 malam tadi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pasukan operasi menggunakan teknik pencarian di permukaan air. Mayat mangsa dijumpai kira-kira dua meter dari tempat pakaiannya ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI