fbpx
Aiman Athirah (tengah) meninjau Karnival Permotoran Merdeka di Jenderam Hilir, Sepang.

Himpunan RXZ dicadang dibuat di Litar Antarabangsa Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Himpunan RXZ yang lazimnya sinonim dengan Pantai Timur berpotensi dibawa ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini sekali gus menjadikan Selangor sebagai tumpuan utama sempena Tahun Melawat Selangor dan Tahun Melawat Malaysia tahun depan.

Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, cadangan itu timbul hasil maklum balas anak muda dan peminat permotoran tempatan khususnya di daerah ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pihaknya melihat SIC sebagai lokasi lebih sesuai dan selamat bagi menghimpunkan penggemar motosikal legenda itu.

“Ada peminat permotoran mencadangkan kepada saya supaya Himpunan RXZ turut dianjurkan di Sepang. Saya menyokong cadangan itu dan ia boleh dianjurkan.

“Kita tahu program itu biasa diadakan di Terengganu, tetapi tiada salahnya kita bawa ke sini kerana Sepang sudah ada litar perlumbaan bertaraf dunia,” katanya ketika ditemui selepas Karnival Pemotoran Merdeka Jenderam Hilir di sini.

Katanya, pihaknya mengalu-alukan supaya anak muda menghantar cadangan rasmi yang komprehensif sebelum ia dibincangkan bersama pengurusan SIC bagi menilai kesesuaian penganjuran.

Aiman Athirah berkata, selain memberi ruang kepada penggemar RXZ, program itu juga mampu menjadi tarikan baharu pelancongan yang selari dengan penganjuran Tahun Melawat Selangor dan Tahun Melawat Malaysia tahun depan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI